Ahad, 24 November 2013

SAJAK



PERINDU  YANG  DIRINDUI

Hari  kita  berpisah  lagi

Apa  lagi  yang  kita  bawa

Hanya  kenangan  tika  itu

Mengiringi  sama  di  labuh  jiwa



Esok  temukah  kita  di sini

Dapatkah  jejak  sama  ke kuliah

Senyum  ketawa  sedih  kita

Hanya  tika  itu  sahaja



Bilakah  kita  bersua  semula

Hati  labuh  sudah  sayupnya

Mengenangkan  hubungan  kasih  kita

Kian  lama  kian  sayang



Aduh sayangkah  kita  sama-sama

Kekalkah  kita  sebagai  teman

Jangan  pinta  jauhkan  kasih  ini

Senang  cari,sukar diganti



Ingatlah  sahabat  jangan  pisah

Jangan  leraikan  ukhwah  murni

Jangan  cuba  bakarkan  rumah  bahagia

Rumah  keluarga  kita  jangan  musnahkan



Maaf  jika  kasar  berpetah  kita

Maaf  tiada  sempurna  laku kita

Hanya  insan  bercoret  sahaja

Perindu  sahabat  sastera  tercinta

Tiada ulasan:

Catat Ulasan