Ahad, 10 November 2013

SAJAK

DUSTA..

Dunia indah bertukar lesu
Suasana hening katanya bisu
Hidup payah katanya begitu
Bila senyum istilah kerang busuk
Bila ketawa curiga hatinya
Bila ramah dikata sengaja
Bila berdiam katanya pedam
Bila bersimpul disebut menunjuk 
Bila bercakap terangnya dusta
Dusta menyengat telinga manusia
Dusta dicakap hingga terbina
Dusta mata dusta hati
Dusta dicabar hayun pedang
Ligat bersilat puncak malerifat
Senyum lebar syaitan,dusta menang
Meloncat girang tanda hitung meninggi
Herot muka bila manusia sifat mahmudah
Miskin Qalbu kerana dusta
Qalbu hitam kerana dusta
Qalbu mati sebab dusta
Angkara iblis,jin dan syaitan
Bahana terpalit pada dahi manusia
Badannya teguh jiwanya roboh
Jasadnya sihat rohaninya tersirat
Hanya keranamu dusta..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan