Sabtu, 9 November 2013

GAGASAN 1MALAYSIA



1Malaysia atau “satu malaysia” adalah satu gagasan peribadi yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang keenam iaitu, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2 April 2009. Intipati gagasan ini adalah idea satu bangsa tanpa mengira kepelbagaian etnik, subetnik dan kebudayaan.
1Malaysia adalah kesinanbungan konsep daripada dua kepimpian terdahulu dalam membawa malaysia menjadi sebuah negara yang maju. 1Malaysia ini juga adalah ramuan serta formula pentadbiran dalam proses negara menuju wawasan 2020 serta menjadi cemerlang, gemilang dan terbilang seperti yang diperjuangkan oleh perdana menteri keempat dan kelima iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Aspek utama yang terkandung dalam gagasan 1Malaysia ialah sikap saling menghormati dan bersifat menerima diantara satu sama lain. Aspek gagasan 1Malaysia yang kedua ialah tiada perbezaan antara bandar, luar bandar dan kumpulan etnik.
Secara kesimpulannya, konsep 1Malaysia akan berjaya sekirannya semua penduduk malaysia tidak kira melayu, cina dan india bersatu padu bagi membolehkan wawasan 2020 berjaya.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan