Sabtu, 9 November 2013

PELAKSANAAN TRANSFORMASI NEGARA




Secara umumnya, transformasi pendidikan negara dapat dijelaskan sebagai satu perubahan dalam sistem pendidikan negara. Jika sebelum ini, isu berkenaan transformasi ini tidak banyak didedahkan oleh pihak media untuk tetapan umum. Jika ada, ianya hanyalah sekadar perbincangan tidak rasmi dikedai kopi sahaja. Walaubagaimanapun, stastik telah menunjukan berlakunya peningkatan laporan berkenaan keputusan pelajaran dalam pendidikan negara.
Oleh itu, langkah-langkah perlu diambil oleh kerajaan untuk memastikan transformasi pendidikan berjaya. Langkah yang pertama ialah memperkenalkan Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK). SPPK ini dapat dijelaskan sebagai transformasi pendidikan negara yang tidak lagi berorentasikan terhadap peperiksaan sepenuhnya sebagai langkah tepet bagi melahirkan model insan yang bermutu.
Langkah yang seterusnya ialah memberi penekanan terhadap penggunaan teknologi maklumatdan komunikasi. Apabila penekanan terhadap penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi diberikan, negara akan melahirkan warganegara yang berilmu pengetahuan, celik teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan berkemahiran dalam menghadapi cabaran baru kesan dalam dunia yang serba maju.
Secara kesimpulannya, transformasi pendidikan negara akan berjaya dilaksanakan andai semua pihak baik kerajaan mahupun masyarakat di Malaysia memberi kerjasama dalam semua perkara.
.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan