Jumaat, 10 Mei 2013



PESTA BUKU UNIVERSITI UTARA MALAYSIA


SINTOK - Pesta Buku Utara 2013 telah diadakan bermula 10 hingga 16 Mac yang bertempat di Perpustakanan Sultanah Bahiyah, Universiti Utara Malaysia. Tahun ini merupakan tahun ketiga pesta buku ini diadakan dengan bertemakan “Cintai Buku Cintai Ilmu”.
                                
    Pada 11 Mac, satu majlis perasmian telah diadakan. Dalam majlis tersebut dua perasmian telah dibuat iaitu perasmian pesta buku dan perasmian program jelajah buku ilmiah malaysia 2013 yang dianjurkan oleh Uum PRESS dengan kerjasama Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM), Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM), serta Persatuaan Penerbit Buku Malaysia (MABOPA).

      Pesta Buku Utara 2013 telah dirasmikan oleh Naib Conselor Uum. Pada perasmian tersebut, NC Uum turut melancarkan 22 buah buku baru terbitan Uum Press. Selain itu, pesta buku ini juga turut melibatkan 38 gerai pempamer. Antaranya ialah Galeri Ilmu Sdn.Bhd, Art Square Creation Sdn Bhd, Pts Media Group Sdn Bhd, E-Media Publication Sdn Bhd, Penerbit-penerbit IPTA, Kumpulan Media Karangkraf, Fajar Ulung Sdn Bhd dan lain-lain.

      Antara pengisian pesta buku tahun ini ialah Klinik Perundingan Bersama Pengarah, Hari Bertemu Pelanggan Perpustakan Sultanah Bahiyah, Library Info Hun, Kuiz Online, Pertandingan Mewarna Untuk Kanak-kanak, Puppet Show, Senamrobik, Pertandingan Bercerita, Coral Speaking dan lain-lain.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan