Jumaat, 10 Mei 2013

JENIS-JENIS WANITA SINGLE


tips "JENIS-JENIS PEREMPUAN SINGLE".

Perempuan yang berstatus single sering menjadi rebutan para lelaki, di tambah pula dengan paras rupa yang ayu dan cantik, sapa yang tak nak kan? eh. Tapi, bila korang nak 'ayat' je, perempuan tu kata, dia tak nak kapel-kapel ni, jadi single lagi syiokk .. Apa perasaan korang time tu ? Marah ? Kecewa ?.. Haa , nanti dulu..Korang jangan terus nak marah je, ada sebab kenapa diorang nak stay single-mingle.. Kalau nak tahu, meh baca kat bawah ni..

*Satu penelitian telah pun dilakukan oleh Michelle Cove , seorang penulis dengan mewawancarai lebih daripada 100 perempuan. Beliau cuba untuk menentukan apa yang menjadi keinginan dan impian para perempuan tersebut. Setelah selesai wawancara tersebut, beliau pun menyimpulkan keinginan dan impian para perempuan tersebut dalam 12 kategori iaitu:

1. Pencari Teman Hidup.
Perempuan jenis ini percaya bahawa setiap orang memiliki belaian jiwa dan ia akan melakukan apa saja untuk bertemu jejaka pilihannya. Sayangnya, kadang-kadang mereka terlalu fokus untuk mencari jejaka yang tepat sehingga menyebabkan para jejaka lain terpaksa menunggu untuknya.

2. Bangkit Semula.
Mereka yang baru saja mengakhiri hubungan yang menyakitkan akan melakukan apa saja yang boleh dilakukan untuk bangkit dari hubungan terdahulu dan menjadi lebih baik. Mereka tidak menyesali apa yang terjadi dan berusaha mengambil hikmah dari semua peristiwa yang terjadi.

3. Tak Peduli.
Perempuan seperti ini lebih suka membiarkan hidupnya berlalu begitu saja. Dia lebih suka hidup sendiri daripada memburu lelaki dengan berbagai cara. Bila akhirnya dia bertemu jodoh, hal itu hanya akan terjadi secara kebetulan.

4. Menunggu.
Mereka percaya dengan kisah-kisah dongeng, di mana para perempuan menunggu untuk "diselamatkan" oleh seorang putera. Perempuan macam ini yakin dimana pada suatu saat akan ada lelaki yang mampu mengambilnya dan mereka memilih menunggu kehadiran jejaka tersebut.

5. Bebanan Kahwin.
Seumur hidupnya, dia memuaskan keinginan dirinya untuk meraih kepuasan, sama ada dalam karier, pergaulan, mahupun pencapaian lainnya. Ketika akhirnya mereka berasa sudah sampai waktunya mencari calon suami, mereka akan menghentikan sahaja segala aktiviti yang menjadi keutamaannya.

6. Bebas.
Perempuan pada kategori ini selalu khuatir disebabkan mereka harus memilih antara hidup sendiri dan berkomitmen. Biasanya, mereka akan memilih hidup sendiri, tetapi bebas menentukan arah hidupnya.

7. Ingin berkahwin.
Perempuan ini biasanya akan berkhayal tentang suatu pernikahan setelah seumur hidupnya tidak memikirkan konsep pernikahan. Hal ini biasanya didorong oleh suatu peristiwa besar yang membuka fikirannya bahawa sesuatu yang diyakininya ternyata tidak tepat.

8. Pembelot.
Perempuan yang tak lagi ingin hidup dengan cara yang sama yang dijalani komunitinya meskipun dulunya dia juga mengamalkan gaya hidup tersebut. Dia ingin menemui cara yang sesuai dengan pilihan hatinya meskipun itu bererti dia harus meninggalkan kawan-kawannya.

9. Ingin Perbezaan.
Perempuan yang ingin berkahwin, tetapi juga merasakan kekuatan untuk menjalani suatu pernikahan yang tidak konvensional. Perbezaann itu biasanya bermula sejak penentuan konsep pernikahannya.

10. Menjadi ibu.
Perempuan jenis ini selalu berfikir, suatu ketika nanti dia pasti akan menjadi seorang ibu. Namun, dia berharap tidak ada orang lain yang mendesaknya agar segera merealisasikan harapannya itu. Bahkan, kadang-kadang dia sebenarnya akan berasa tidak patut berkahwin untuk mempunyai anak.

11. Lambat dan mantap.
Perempuan jenis ini, mungkin juga seperti kebanyakan perempuan lainnya, berharap berkahwin pada waktu yang tepat. Sementara itu, dia akan berusaha sekuat tenaganya untuk tidak menghiraukan segala desakan atau tekanan dari kawan-kawan atau keluarganya untuk segera berkahwin.

12. Perintis.
Perempuan jenis ini berasa kehidupan pernikahan tidak sesuai untuknya. Maka, dia akan cuba mencari cara baru untuk mendapatkan kebahagiaan.

BERITA BARU

BERITA BARU DITERIMA BAIK UNTUK SEMUA)PEKELILING 001 - Kerajaan bersetuju memberikan Elaun Sara Hidup (COLA) tanpa mengira pangkat dan tempat bertugas semua pekerja awam dan swasta sebanyak RM500.00 sebulan berkuatkuasa Januari 2013 bagi menampung kenaikan harga minyak dan barang-barang.

Langkah yang serupa disarankan kepada pihak swasta bagi menjamin keharmonian rakyat.

Elaun COLA ini boleh dituntut di semua Pejabat Pos dan BSN di seluruh negara mulai jam 1 pm hingga 4 pm pada setiap hari kecuali hari Jumaat, Sabtu dan Ahad serta hari-hari kelepasan am.

Kakitangan awam & swasta perlu menunjukkan kad pengenalan diri Jabatan untuk mendapatkan borang permohonan dan wang akan dibayar selepas penyerahan borang yang lengkap beserta dengan syarat2 berikut :-1. Surat Perlantikan Kerja - Original2. Surat Pengesahan Kerja- Original3. Surat Akuan Majikan - (tempat terakhir masih bertugas)dan...80 penutup botol Coca-Cola... ... Baru sesuai dengan namanya Elaun Cola !Haaaahahaha! !!!... kalau pasal duit semua mata sanggup baca sampai habis... Hehe

KEINDAHAN PERSAHABATAN

Persahabatan.....sahabat bagi aku adalah seseorang yang sanggup bersama dengan kita bila kita susah dan senang..sahabat seperti ini merupakan sahabat yang sejati kerana dia sentiasa ada jika aku memerlukannya..sahabat yang sekadar nama sahaja adalah sahabat yang ada ketika senang sahaja.

ini lah kawan-kawan yang paling aku sayang..diorang sentiasa ada bersama aku bila aku perlukan diorang.diorang xpernah merungut bila aku menceritakan masalah aku bahkan diorang menolong aku selesaikan masalah tersebut..

KORANG AKU SAYANG KORANG.KORANGLAH SAHABAT DUNIA DAN AKHIRAT AKU..PEACE :)                             


PESTA BUKU UNIVERSITI UTARA MALAYSIA


SINTOK - Pesta Buku Utara 2013 telah diadakan bermula 10 hingga 16 Mac yang bertempat di Perpustakanan Sultanah Bahiyah, Universiti Utara Malaysia. Tahun ini merupakan tahun ketiga pesta buku ini diadakan dengan bertemakan “Cintai Buku Cintai Ilmu”.
                                
    Pada 11 Mac, satu majlis perasmian telah diadakan. Dalam majlis tersebut dua perasmian telah dibuat iaitu perasmian pesta buku dan perasmian program jelajah buku ilmiah malaysia 2013 yang dianjurkan oleh Uum PRESS dengan kerjasama Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM), Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM), serta Persatuaan Penerbit Buku Malaysia (MABOPA).

      Pesta Buku Utara 2013 telah dirasmikan oleh Naib Conselor Uum. Pada perasmian tersebut, NC Uum turut melancarkan 22 buah buku baru terbitan Uum Press. Selain itu, pesta buku ini juga turut melibatkan 38 gerai pempamer. Antaranya ialah Galeri Ilmu Sdn.Bhd, Art Square Creation Sdn Bhd, Pts Media Group Sdn Bhd, E-Media Publication Sdn Bhd, Penerbit-penerbit IPTA, Kumpulan Media Karangkraf, Fajar Ulung Sdn Bhd dan lain-lain.

      Antara pengisian pesta buku tahun ini ialah Klinik Perundingan Bersama Pengarah, Hari Bertemu Pelanggan Perpustakan Sultanah Bahiyah, Library Info Hun, Kuiz Online, Pertandingan Mewarna Untuk Kanak-kanak, Puppet Show, Senamrobik, Pertandingan Bercerita, Coral Speaking dan lain-lain.  

Khamis, 9 Mei 2013

Pusat Sukan,Universiti Utara Malaysia - Pada 2 Mac 2013,satu akitiviti sukan universiti telah diadakan. Pada sebelah malam kira-kira jam 8.30p.m telah berlangsungnya satu acara pembarisan antara dewan penginapan pelajar.

     Sebanyak 15 kolej penginapan pelajar Uum telah melibatkan diri dalam aktiviti pembarisan ini. Antaranya ialah dpp bank muamalat,dpp yab,dpp tm,bank rakyat,sme bank,dpp mas, dpp bsn dan banyak lagi. Setiap dpp telah menghantar seramai 200orang wakil dalam acara tersebut.

      Selain itu juga, terdapat pertandingan pasukan sorak yang diwakili oleh pelajar-pelajar disetiap dpp. pertandingan ini juga diwakili oleh setiap dpp iaitu seramai 100 orang. Acara ini berakhir pada jam 11 malam.