Ahad, 24 November 2013

SAJAK




Ayah

Kau  adalah  wira  membimbing  keluarga
Kau  lah  penghulu  yang  bijaksana
Membina  keluarga  kita  gembira
Mendidik  selalu  biar  garang  lentingan  mu
Ku  tahu  maksudmu  begitu  jauh  dari  fikiran  ku

Anakmu  ini  merinduimu  wahai  ayahanda
Linangan  mata  di  ceruk  jendela  UPSI
Kenang  selalu  jasa  baktimu  tak  kira  masa
Memastikan  anak-anakmu  tiada  apa  ketinggalan
Memastikan  anak-anakmu  capai  impian  bukan  angan-angan

Ayah
Kau  amat  ku  sayang  sama  ibu  kita
Teletah  ayah  buat  kami  se adik  abang  senyum 
Biar gigi  kian  kurang  sudah, kerut  dahi  serlah
Namun  teletah  tetap  cuit  hati
Itulah  istimewa  wiraku

Terima  kasih  ayahandaku
Kenalkan  aku  dan adik-adik  erti  kebahgaian
Kenalkan  kami  erti  kehidupan  dari  susah  hingga  senang
Tanpamu  ayah  tidak  ku  tahu  mana  tempat  ku  berpijak  kini
Akan  ku  sentiasa  doakan  usia  panjang  turut  ibu  jua

Ayah
Jasamu  umpama  wira  pertahankan  negara
Kaulah  ketua  kami  ayah
Akan  ku  cuba  menjadi  seperti  mana  kau  ajari
Berguna  ku  janji  untuk  mu  ayah
Demi  membalas  jasa  besarmu tiada  terhingga

Ahad, 10 November 2013

SAJAK

DUSTA..

Dunia indah bertukar lesu
Suasana hening katanya bisu
Hidup payah katanya begitu
Bila senyum istilah kerang busuk
Bila ketawa curiga hatinya
Bila ramah dikata sengaja
Bila berdiam katanya pedam
Bila bersimpul disebut menunjuk 
Bila bercakap terangnya dusta
Dusta menyengat telinga manusia
Dusta dicakap hingga terbina
Dusta mata dusta hati
Dusta dicabar hayun pedang
Ligat bersilat puncak malerifat
Senyum lebar syaitan,dusta menang
Meloncat girang tanda hitung meninggi
Herot muka bila manusia sifat mahmudah
Miskin Qalbu kerana dusta
Qalbu hitam kerana dusta
Qalbu mati sebab dusta
Angkara iblis,jin dan syaitan
Bahana terpalit pada dahi manusia
Badannya teguh jiwanya roboh
Jasadnya sihat rohaninya tersirat
Hanya keranamu dusta..

sajak

cinta....

Rasa cinta? pasti ada
Pada setiap makhluk ciptaanNya
Dengan udara tersedia
Segala jiwa bebas bernyawa
Cinta jua berlabuh
Ketika Allah menanamnya
Takkan hilang didunia
Tanpa cinta semua nista
Dibawah lindunganNya
Cinta itu perlu serasi,sesuai,seia
Takkan hilang didunia
Cinta berlangsung ke jannatul firdaus
Dengan cinta kita melihat dunia
Dengan cinta silaturahim terjalin
Dengan cinta kita binasa
Bagai bawa amanah tuhan...



Sabtu, 9 November 2013

KERJAYA SELEPAS TAMAT PENGAJIAN



Kerjaya yang akan saya pilih selepas saya tamat pengajian ialah saya ingin membuka sebuah kedai makan masakan kampung. Bagi saya membuka kedai makan adalah impian saya sejak kecil lagi. Ramai orang memberitahu bahawa itu hanyalah sekadar angan-angan sahaja. Namun bagi saya, saya akan cuba menjadikan angan-angan itu sebagai realiti.
Kata orang jika hendak melakukan sesuatu kita perlu mempunyai kemahiran dalam bidang yang kita impikan. Ya memang betul apa yang orang cakap. Saya mempunyai kemahiran dalam memasak makanan kampung terutamanya masakan kelantan

GAGASAN 1MALAYSIA



1Malaysia atau “satu malaysia” adalah satu gagasan peribadi yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang keenam iaitu, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2 April 2009. Intipati gagasan ini adalah idea satu bangsa tanpa mengira kepelbagaian etnik, subetnik dan kebudayaan.
1Malaysia adalah kesinanbungan konsep daripada dua kepimpian terdahulu dalam membawa malaysia menjadi sebuah negara yang maju. 1Malaysia ini juga adalah ramuan serta formula pentadbiran dalam proses negara menuju wawasan 2020 serta menjadi cemerlang, gemilang dan terbilang seperti yang diperjuangkan oleh perdana menteri keempat dan kelima iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Aspek utama yang terkandung dalam gagasan 1Malaysia ialah sikap saling menghormati dan bersifat menerima diantara satu sama lain. Aspek gagasan 1Malaysia yang kedua ialah tiada perbezaan antara bandar, luar bandar dan kumpulan etnik.
Secara kesimpulannya, konsep 1Malaysia akan berjaya sekirannya semua penduduk malaysia tidak kira melayu, cina dan india bersatu padu bagi membolehkan wawasan 2020 berjaya.








PELAKSANAAN TRANSFORMASI NEGARA




Secara umumnya, transformasi pendidikan negara dapat dijelaskan sebagai satu perubahan dalam sistem pendidikan negara. Jika sebelum ini, isu berkenaan transformasi ini tidak banyak didedahkan oleh pihak media untuk tetapan umum. Jika ada, ianya hanyalah sekadar perbincangan tidak rasmi dikedai kopi sahaja. Walaubagaimanapun, stastik telah menunjukan berlakunya peningkatan laporan berkenaan keputusan pelajaran dalam pendidikan negara.
Oleh itu, langkah-langkah perlu diambil oleh kerajaan untuk memastikan transformasi pendidikan berjaya. Langkah yang pertama ialah memperkenalkan Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK). SPPK ini dapat dijelaskan sebagai transformasi pendidikan negara yang tidak lagi berorentasikan terhadap peperiksaan sepenuhnya sebagai langkah tepet bagi melahirkan model insan yang bermutu.
Langkah yang seterusnya ialah memberi penekanan terhadap penggunaan teknologi maklumatdan komunikasi. Apabila penekanan terhadap penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi diberikan, negara akan melahirkan warganegara yang berilmu pengetahuan, celik teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan berkemahiran dalam menghadapi cabaran baru kesan dalam dunia yang serba maju.
Secara kesimpulannya, transformasi pendidikan negara akan berjaya dilaksanakan andai semua pihak baik kerajaan mahupun masyarakat di Malaysia memberi kerjasama dalam semua perkara.
.